Pages

TvQuran TvQuran

Saturday, December 22, 2012


Seminar On Islamic Manuscript In Malay World (SMIS) 
Theme: Manuskrip Nusantara Ke Persada Dunia
Organised by: Department of Al-Quran And Al-Hadith,
Academy of Islamic Studies, University of Malaya 
Date: 7 – 8 May 2013 ( Tuesday-Wednesday) 
Venue: Academy of Islamic Studies, University of Malaya


 INTRODUCTION

Nusantara merupakan tempat perkembangan ilmu islam. Ia menjadi tarikan kepada ulama di dalam atau di luar berehlah untuk berkongsi ilmu dan bertukar idea. Adapun terdapat para ulama yang mengembara ke negara-negera arab seperti Mesir, Mekah dan sebagainya untuk menunutut ilmu ke peringkat yang lebih tinggi. Minat yang mendalam terhadap ilmu mempengaruhi untuk melibatkan diri dalam bidang penulisan, maka terhasillah manuskrip-manuskrip dan ianya masih terpelihara sampai ke hari ini. 

Penyelidikan manuskrip ini semakin mendapat kesedaran dan mengambil tempat di hati ahli akademik untuk mengkajinya secara ilmiah. Dari itu, penyelidikan yang dilakukan bukan hanya berbentuk teori semata-mata, tetapi melihat kepada pengalikasiannya dalam masyarakat semasa. Dengan itu, kajian dan penyelidikan memberi nilai yang besar ke arah pembangunan dan nilai tambah dalam masyarakat.

Menyedari kepentingan tersebut, Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith mengorak langkah untuk menganjurkan seminar manuskrip berunsurkan islam ini dengan tujuan untuk mengenengahkan hasil-hasil kajian yang telah dan sedang dilakukan oleh para ahli akademik khususnya dalam bidang pengajian islam untuk dibentangkan dan dikongsi bersama. Melalui pembentangan dan perbincangan yang dibuat diharapkan hasil kajian tersebut dapat dimanfaatkan bersama demi kemajuan ummah.



1- Tarikh akhir mengemukakan abstrak: 15 Februari 2013.

2- Keputusan penerimaan/penolakan abstrak akan diketahui dalam masa
    seminggu selepas abstrak diterima.(surat rasmi pengesahan pembentangan
    akan dikeluarkan selepas yuran pendaftaran dibayar)

3- Tarikh mengemukakan kertas kerja lengkap pada atau sebelum: 1 April 2013.

4- Kertas kerja penuh yang dihantar selepas 1 April 2013 tidak akan diproses.

http://umconference.um.edu.my/SMIS=1d72310edc006dadf2190caad5802983

No comments: