SEMINAR ANTARABANGSA SUNNAH NABAWIAH: REALITI DAN CABARAN SEMASA (MUSNAD II)
Tema: “Sunnah Nabawiah Mendepani Cabaran Semasa”
Tarikh: 3-4 Julai 2013 (Rabu & Khamis)
Tempat: Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Anjuran: Jabatan al-Quran & al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.
Sunnah Nabawiah merupakan sumber autoriti kedua di dalam Islam selepas al-Quran al-Karim. Melalui sunnah, al-Quran dapat difahami dengan lebih jelas sesuai dengan peranan Nabi SAW sebagai pembawa risalah Allah SWT. Cabaran semasa kini adalah usaha untuk mempertahankan sunnah sebagai sumber autoriti kedua tersebut amatlah mendesak. Pelbagai tohmahan dan penghinaan telah dilontarkan oleh golongan yang berusaha untuk mengugat keautoritian tersebut sehingga perlunya satu usaha untuk memberi kefahaman yang lebih jelas terhadap sunnah, bukan sahaja sebagai satu ilmu untuk diketahui oleh para penuntut dalam bidang pengajian Islam, tetapi keperluannya terhadap masyarakat awam dan golongan yang menentangnya.
Penghasilan karikatur dan filem yang menggambarkan pelbagai gambaran salah terhadap Nabi SAW adalah di antara contoh penghinaan yang memerlukan cara penyelesaian dan tindakan wajar ke arah menghalang isu tersebut daripada berulang.
Oleh yang demikian, dalam mendepani cabaran semasa yang lebih mencabar, dan keperluan untuk mempertahankan sunnah perlu distrukturkan dengan baik. Melalui kejayaan penganjuran Seminar Antarbangsa Sunnah Nabawiah: Realiti dan Cabaran Semasa (MUSNAD I) pada Julai 2011, Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya mengorak langkah untuk menganjurkan kali kedua Seminar Antarbangsa Sunnah Nabawiah: Realiti dan Cabaran Semasa II (MUSNAD II) dengan tema “Sunnah Nabawiah Mendepani Cabaran Semasa”.
Pemilihan tema kali ini bermatlamatkan untuk melihat peranan sunnah dalam mempertahankan dan menjawab segala penghinaan terhadap Rasulullah SAW. Diharapkan, melalui penyertaan pelbagai pihak dari pelbagai negara dapat membincangkan solusi terbaik dalam mendepani pelbagai isu berkaitan sunnah melalui kajian dan penyelidikan yang mendalam. Dengan menggunakan metode pembentangan dan perbincangan, semoga hasil kajian dan penyelidikan tersebut dapat dimanfaatkan bersama demi kemajuan ummah yang bertunjangkan sunnah junjungan.
http://umconference.um.edu.my/MUSNADII=6c14da109e294d1e8155be8aa4b1ce8e
http://umconference.um.edu.my/MUSNADII=6c14da109e294d1e8155be8aa4b1ce8e
No comments:
Post a Comment