Pages

TvQuran TvQuran

Friday, September 23, 2011

Sebaik-baik lelaki adalah mereka yang memberi layanan terbaik untuk isterinya.


Baginda Nabi Muhammad saw bersabda yang bermaksud : Sebaik-baik kamu adalah orang yang paling baik terhadap isterinya, sesungguhnya menjalinkan hubungan yang baik dengan isteri itulah yang paling mulia di kalangan kamu.Semulia-mulia orang islam adalah mereka yang berlaku baik dengan isterinya, cara bermuamalah (berhubungan) dengan isteri adalah dengan lemah lembut, kasih sayang dan belas kasihan, itulah cara terbaik, Sebaik-baik lelaki adalah mereka yang memberi layanan terbaik untuk isterinya.

Thursday, September 1, 2011

Wasiat Syeikh Mutawali al-Sya'rawi



Sebelum Syeikh al-Sya'rawi meninggal dunia, beliau telah mengumpulkan anak-anak cucunya lalu berwasiat agar tidak bergaduh dalam masalah harta. Sesiapa yang inginkan harta, ambillah hartanya. Malah beliau berwasiat bahawa perbalahan mereka biarlah pada masalah agama. Pusaka agama yang beliau tinggalkan ialah tafsir al-Quran, hadis dan ilmu-ilmu beliau. Beliau juga berwasiat perkara yang sama kepada seluruh umat Islam.

Sunday, August 28, 2011

khutbah aidil fitri bahasa jawa



ZIKIR SECARA LANTANG & BERJEMAAH TELAHPUN BERLAKU DI ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW


Amalan ini dilakukan berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas RA yang berkata: Raf’u al-Saut bilzikr Hina yansarifunnas minalmaktubah kana ‘ala ‘ahd al-Nabi SAW, 
 
yang bermaksud: Meninggikan suara berzikir selepas orang ramai selesai daripada solat fardhu telahpun berlaku di zaman Nabi Muhammad SAW.
(Lihat Fath al-Bari, Bab al-Zikr Ba’d al-Solah, Jilid 2, Hal: 259 dan Syarh Sahih Muslim, Bab al-Zikr Ba’d al-Solah, Jilid 4-6, Hal:234-235)

selamat hari raya aidilfitri 1432


selamat hari raya aidil fitri 1 syawal 1432
mohon maaf zahir batin.

iklas daripada amin maulana.

Saturday, August 6, 2011

Cara Nabi Muhammad saw Hidupkan Ramadan




Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa menghidupkan Ramadan dengan keimanan dan pengharapan pahala daripada Allah Taala, maka akan diampunkan segala dosanya yang terdahulu.” (Hadis riwayat Bukhari)

bilangan rakaat solat taraweh




Solat tarawih 23 rakaat berdasarkan Hadith :

1. Dari Yazid bin Ruman beliau berkata:
كَانَ النَّاسُ يَقُوْمُوْنَ فِيْ زَمَانِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ فِيْ رَمَضَانَ بِثَلاَثٍ وَعِشْرِيْنَ رَكْعَةً
“Manusia menegakkan (solat tarawih) di bulan Ramadhan pada masa ‘Umar bin Al-Khaththab radhiyallahu ‘anhu 23 rakaat.” (HR. Al-Imam Malik, lihat Al-Muwaththa Ma’a Syarh Az-Zarqaani, 1/362 no. 250)


2. Dari Abu Syaibah Ibrahim bin ‘Utsman dari Hakam dari Miqsam dari Ibnu ‘Abbas radiyallahu ‘anhu :
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُصَلِّى فِيْ رَمَضَانَ عِشْرِيْنَ رَكَعَةَ وَالْوِتْرَ
“Sesungguhnya Nabi shallallahu alaihi wasallam solat di bulan Ramadhan 20 rakaat dan witir.” (HR. Ath-Thabrani dalam Al-Mu’jamul Awsath, 5/324 no. 5440 dan 1/243 no. 798, dan dalam Al-Mu’jamul Kabir, 11/311 no. 12102)