Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):
- Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya -
Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
- Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan
melapangkannya dalam kubur nanti.
- Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan
memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
- Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan
memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
- Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah
akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang
disapunya.
- Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya
daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari
kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua
fakir miskin di dunia ini.
- Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan
mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
- Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat)
pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura
kerana Allah Taala."
- Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun
itu.
- Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya -
Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
- Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan
mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat
kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas
Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
- Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal
maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
- Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala
seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
- Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat
hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali
Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada
neraka.
No comments:
Post a Comment