International Conference on Islam in Malay World II
(Seminar Antarabangsa Islam di Dunia Melayu)
Tema & Objektif
Tema:
“TRANSFORMASI PENYELIDIKAN BERIMPAK TINGGI DALAM PENGAJIAN ISLAM DI ALAM MELAYU”
Objektif:
Seminar kali ini adalah rentetan dari kejayaan penganjuran ICON-IMAD I yang diadakan di Bandung pada 20-22 November 2011.
Seminar ini diadakan untuk mencapai beberapa objektif berikut:
1-Membincangkan dasar-dasar dan garis panduan yang jelas tentang
konsep penyelidikan berimpak tinggi dalam bidang pengajian Islam yang
perlu difahami oleh sarjana muslim.
2-Mengetengahkan hasil kajian berimpak tinggi dalam bidang pengajian Islam agar dapat dimanfaatkan ummah dan negara.
3-Mengenalpasti cabaran yang dihadapi oleh para penyelidik dalam
menghasilkan penyelidikan berimpak tinggi dalam bidang pengajian Islam
dan jalan penyelesaiannya.
4-Mewujudkan jaringan akademik dan intelektual antara para ilmuan
dalam bidang pengajian Islam serata dunia bagi menghasilkan penyelidikan
berimpak tinggi.
5-Mengenalpasti peluang terkini untuk kajian dan penyelidikan berimpak tinggi yang belum diterokai dalam bidang Pengajian Islam.
|
Tarikh, Tempat, Penganjur
Tarikh: 6-7 November 2012 (Selasa dan Rabu) Tempat: Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Penganjur: 1. Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Malaysia 2. Pasca Sarjana UIN Bandung, Indonesia. Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan pihak kami:
Pejabat Timbalan Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan),
Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya,
50603 Kuala Lumpur, Malaysia.
(U.P: Fiza)
Tel: +60379676012
Email: api_ppp@um.edu.my
http://umconference.um.edu.my/ICON-IMAD-II=46072631582fc240dd2674a7d063b040
|
No comments:
Post a Comment