Pages

TvQuran TvQuran

Wednesday, July 27, 2011

10 nasihat baginda nabi muhammad saw


NASIHAT RASULULLAH SAW KEPADA PUTERINYA FATIMAH AZ-ZAHRA

Ada 10 Nasihat Rasulullah SAW kepada puterinya, Fatimah Az-Zahra Binti Rasulullah SAW. Sepuluh nasihat yang baginda sampaikan merupakan mutiara yang termahal nilainya, khususnya bagi setiap isteri yang solehah. Nasihat atau wasiat tersebut adalah :

1. Wahai Fatimah! Sesungguhnya wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya kelak ALLAH tetapkan baginya kebaikan dari setiap biji gandum yang diadunnya dan juga ALLAH akan melebur keburukan serta meningkatkan darjatnya.


2. Wahai Fatimah! Sesungguhnya wanita yang berkeringat ketika menumbuk tepung untuk suami dan anak-anaknya, nescaya ALLAH akan menjadikan antara neraka dan dirinya tujuh tabir pemisah.


3. Wahai Fatimah! Sesungguhnya seorang yang meminyaki rambut anak-anaknya lalu menyisirnya dan kemudian mencuci pakaiannya maka ALLAH akan tetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang yang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang yang telanjang.


4. Wahai Fatimah! Sesungguhnya wanita yang membantu keperluan tetangganya, maka ALLAH akan membantunya untuk dapat minum telaga kautsar pada hari kiamat nanti.


5. Wahai Fatimah! Yang lebih utama dari seluruh keutamaan di atas adalah keredaan suami terhadap isteri. Andaikata suamimu tidak reda kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu. Ketahuilah wahai Fatimah, kemarahan suami adalah kemurkaan ALLAH.


6. Wahai Fatimah! Di saat seorang wanita mengandung, maka malaikat memohonkan ampunan baginya, dan ALLAH tetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta melebur seribu keburukan. Ketika seorang wanita merasa sakit akan melahirkan, maka ALLAH tetapkan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan ALLAH. Di saat seorang wanita melahirkan kandungannya, maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika ia dilahirkan dari kandungan ibunya. Di saat seorang wanita meninggal ketika melahirkan, maka tidak akan membawa dosa sedikit pun. Di dalam kubur akan mendapat taman indah yang merupakan bahagian dari taman syurga. ALLAH memberikan pahala kepadanya sama dengan pahala seribu orang yang melaksanakan ibadah haji dan umrah dan seribu malaikat memohonkan ampunan baginya hingga hari kiamat.


7. Wahai Fatimah! Di saat seorang isteri melayani suaminya selama sehari semalam dengan rasa senang dan ikhlas, maka ALLAH akan mengampuni dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya pada hari kiamat berupa pakaian yang serba hijau dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. ALLAH pun akan memberikan kepadanya pahala seratus kali ibadah haji dan umrah.


8. Wahai Fatimah! Di saat seorang isteri tersenyum di hadapan suaminya maka ALLAH akan memandangnya dengan pandangan penuh kasih.


9. Wahai Fatimah! Disaat seorang isteri membentangkan alas tidur untuk suaminya dengan rasa senang hati, maka para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya, dan ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.


10. Wahai Fatimah! Disaat seorang wanita meminyaki kepala suami dan menyisirnya, meminyaki janggut dan memotong misainya, serta memotong kukunya, maka ALLAH akan memberi minuman air yang dikemas indah kepadanya, yang didatangkan dari sungai-sungai syurga. ALLAH pun akan mempermudah sakaratul maut baginya, serta menjadikan kuburnya bahagian dari taman syurga. ALLAH pun menetapkan baginya bebas dari seksa neraka serta dapat melintasi siratal-mustaqim dengan selamat.

Saturday, July 23, 2011

pahala dan ganjaran solat sunat taroweh



Pahala dan ganjaran menunaikan solat Tarawih

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :

Malam 1 – keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru
dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 – diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua
ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman)

Malam 3 – berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih
terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 – memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca
kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 – Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam,
Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 – Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di
Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah
mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang
terawih poda malam ini.

Malam 7 – Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi
‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8 – Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah
dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9 – Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi
Muhammad S.A.W.

Malam 10 – Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di
akhirat.

Malam 11 – Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu
dilahirkan.

Malam 12 – Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 – Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan
dan keburukan.

Malam 14 – datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada
menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 – Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya
supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 – Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan
dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 – Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak
pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 – Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada
engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)

Malam 19 – Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 – Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan
orang-orang solihin.

Malam 21 – Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22 – Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan
(tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).

Malam 23 – Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga
daripada nur.

Malam 24 – Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini,
(elok sekali berdoa ketika dalam sujud)

Malam 25 – Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26 – Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40
tahun ibadat.

Malam 27 – Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas
titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang
mabrur.

Malam 30 – Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam
terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:

“Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di
dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta
munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama
Al-Kauthar.”

Tuesday, July 19, 2011

ziarah di bumi kinana mesir


Saya pergi ke mesir untuk belajar di universitas Al- Azhar, kepergian saya ke mesir karena dapat berziarah ke maqam para Nabi ,Sahabat, tabiin, wali,ulama ,serta bekas peninggalan sejarah islam, kerajaan fathimiyah, mamalik, daulat abbasiyah, daulat umayah, serta peninggalan kaum kafir seperti firaun dan piramidnya.

Maqam – makam diantaranya :

1.Nabi Danial di iskandaria

2.Nabi Sholeh.AS

3.Nabi Harun AS

4.Tempat Munajat Nabi Musa AS/Jabal musa

5.Tempat Pembuangan Nabi Yusuf AS.

6.Saudara Kandung Nabi Yusuf AS.

7.Tempat Memancarkan 12 mata air musa / Uyun musa

8.Sahabat Abi darda ra,Imam husein (Kepalanya saja)

Imam hasan sadzily,Imam Syafie,Imam Wakei,Imam Ibnu Ataillah,Imam Bushiri, Imam al-mursi,Imam Sya’roni, Imam Assowi, Imam jalaluddin suyuthi,Syeh zakariya Al-ansari, Imam ibnu Hajar alasqolani,Imam hasan Al-bana, Sahabat abi dar alghifari,dan lain-lain yang tak dapat saya sebutkan satu persatu, (boleh dilihat difoto album kenangan saya).

Tempat yang saya suka pergi : makam Imam Syafie, dan Imam Husein.Para Sholihin ini tertanam di jabal muqatam, info maqam ini bisa didapat dikitab Mursyidu Al-zuwar. Atau bisa melihat pada kitab Rev di Perpustakaan Al-Azhar,

Mengenai sungai Nil, dapat dilihat dari atas Bas, taksi ketika saya berlalu diatas jembatan sita oktober.

Masjid yang saya suka pergi : masjid Amr bin Ash di Fusthat City,setiap hari jumaat,dan hari – hari pergi ke Masjid Al- Azhar dan Imam Husein di Khankhalili,

Di masjid Amr bin Ash, khotibnya Dr.Abdus Sabur syahin. Di masjid Al- Azhar khotibnya Syeh Ismail shidiq al- adawi.

ziarah wali sembilan tanah jawah



بسم الله الرحن الرحيم

Ziarah wali-9 plus pulau madura.Senin,28- januari 1991/12 rajab 1411.

Bersama KH.Mohd Zamzami amin dan KH.Marzuqi Amin.Sebelum berangkat, membaca ayat kursi,bismillah,shalawat,bismilahi majreha, al-fatiha.......dipimpin oleh KH.Mohd Zamzami Amin

1.berangkat dari babakan jam. 8.15 pagi.

2.sampai di kaliwungu Ziarah di makam Kyai As ‘ari pendiri pondok pesantren kaliwungu jam 3.50. sore

terus Ziarah di makam Kyai Rukyat wafat. Hari jumat 4/7/1968 atau 9.R. Ahir 1388.

3.sampai di Demak senin malam selasa jam. 6. 55 Ziarah di Makam Raden fatah Sultan Demak dan Pangeran Trenggono.

4.sampai di makam Sunan Kalijaga, kadilangu jam . 8. 30 malam.

5.Sampai Di Makam Sunan Qudus Jam. 10. (nginep) hari pertama. Ziarah di makam Kyai Asnawi Kudus. Wirid pagi jam 5.30 selasa

6.Sampai di makam Sunan Muria jam. 7.15 pagi trus naik gunung muria nyampai jam 8.15 (ambil air kramat)

7.Sampai Di Lasem jam. 11. 30 siang Ziarah Mbah masduqi.

8.Sampai di Lasem Sunan Bonang. Jam 12.15,Makam Istri Raden Fatah Sultan Demak Fatimah / indrowati. Di sini masi ada utuh pancing walesane sunan Bonang.

9. Sampai di Makam Sunan Bonang Tuban. Jam. 2.00 Sore hari selasa.

10.Sampai di Maqam Sunan Giri gersik, jam 5. 30 sore.

11.Sampai Di Maqam Sunan Maulana Malik Ibrahim jam. 7. 00 Selasa malam rabu.

12.Sampai Di Batu Ampar Madura Jam 11.30 malam. (nginep) hari kedua. + njukut krikil. Ziarah Maqam Embah Syamsudin.

13.Sampai di Mertajasa Makam Mbah Kholil, jam 7. 30 pagi rabu.

Nyebrang bareng darma fery.................

14.Sampai Di Maqam Sunan Ampel Surabaya jam 10.45 siang

15.Sampai di Blitar Bungkarno jam. 3.30

16.Sampai Di Pondok-pesantren Lirboyo Kediri jam 6 .00 Rabu malam Kamis. Ziarah Mbah Makhrus Ali.(nginep) hari ke tiga.

17.Sampai di Solo, Surakarta. Pondok pesantren Al- Muayad Mangkuyudan Surakarta Alamat Jl. Mangkuyudan No. 58 Solo. Jam. 11. 30 siang Ziarah Di Maqam Seh Ahmad Umar Abd manan Assoloi Wafat. Hari Kamis 11 Romadan. 1400.Usia 63 tahun.

18.Sampai Di Maqam Joko Tingkir jam. 1.30 siang.Ziarah di Mbah Idris, KH Abd Qodir Gurunya Hadiwijoyo pajang.

19.Sampai di jogja. Pondok-Pesantren Kali urang jam. 4.00 Sore.Sowan pada Kyai mufid Pondok-pesantren Sunan Pandan Aran.

20.Sampai Di Maqam Mbah Dalhar Muntilan jam. 6.00 sore.

21.Sampai di Pondok- Pesantren API Tegal rejo jam . 8.00 malam jumat.

(nginep) hari ke empat. Ziarah pada makam KH Khudari.

21.Sampai Di Air Keramat Nyatnyono Ungaran. Jam. 9.30. siang Ziarah pada makam Sunan Hasan Munadi – difurah

22. Al-hamdulillah sampai di Pondok pesantren Babakan jam. 6. 00 hari jumat.

terimakasih semua nya.